Monday, February 18, 2013

METEOR JATUH TANDA KEKUASAAN ALLAH S.W.T

Peace upon on you and keep smile :)

Jumaat lepas (15/2/2013) kita telah digemparkan dengan berita di mana meteor menembusi atmosfera bumi lalu jatuh melintasi negara russia dan menyebabkan hampir 400 orang cedera serta cermin-cermin bangunan dan kereta pecah akibat gegaran yang kuat dari lintasan Meteor.


Dikatakan meteor yang jatuh itu adalah serpihan asteroid yang dimusnahkan oleh pihak NASA pada 2009 kalau tak silap aku kerana jika tidak dimusnahkan asteroid tersebut akan menyebabkan bumi mengalami dentuman yang kuat lalu menjadi kemusnahan yang paling dahsyat hampir separuh bumi.

Ibu bapa aku ada tanya pasal apa beza meteroid, asteroid, dan taik bintang? penjelasan senang sahaja, asteroid ialah batu yang ada di cekerewala yang berada di kawasan luar bumi dan kebanyakan asteroid berada di kawasan marikh kalau tak silap aku, lingkaran asteroid mengelingi planet Marikh, apabila asteroid terkeluar dari landasannya, maka asteroid akan bergerak menuju tanpa arah dan kemungkinan besar menuju ke bumi. Apabila asteroid masuk kawasan atmosfera bumi ianya dipanggil meteor dan apabila sudah sampai ke tanah bumi ianya dipanggil taik bintang.

Sehebat manusia pun tidak dapat mengesan meteor yang bakal jatuh ke bumi, Pihak NASA hanya dapat mengetahui kejatuhan meteor apabila hampir dengan bumi dan tidak sempat memusnahkan serpihan asteroid itu. Pihak NASA menjangkakan pada masa dulu iaitu letupan asteroid sebesar kolam renang pada 2009 dan serpihan asteroid tidak akan jatuh ke bumi tetapi lain pula jadinya. Itulah kuasa ALLAH S.W.T

Itu baru serpihannya sahaja belum keseluruhannnya. bagaimana pula keadaan bumi nanti apabila dihempap dengan meteor sebesar kolam renang, adakah manusia sempat menyelamatkan diri?. Tepuk dada tanya Iman.


4 comments:

seribupilihan said...

betul tu..tepuk dada tanya iman..nie semua kuasa allah..tak dpt bayangkan klu jatuh kat malaysia..hancur semua agaknya

MK Kimi said...

lain yg dikesan, lain yg masuk bumi. itulah kekuasaan Allah yg tak dpt dijangka

Hairul Hafiz Karim said...

kebesaran Allah..

hanafi abdullah said...

sudah akhir zaman...macam2 boleh berlaku.

Jom Baca Entri Terkini Saya Di Sini